Saturday 24 October 2015

Pakaian Rasulullah s.a.w.

Rujukan: Biografi Agung Rasulullah s.a.w

Pakaian Rasulullah s.a.w

Baginda s.a.w gemar memakai Qamis iaitu kemeja berlengan panjang serta labuh sehingga ke betis dan jubah ala Roman yang sempit lengannya. Perkara ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Mughirah bin Syu'bah,

" Bahawasanya Nabi s.a.w memakai jubah ala Rom yang sempit di bahagian lengannya."
(Hadis Riwayat At- Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)


Asma' bin Yazid meriwayatkan bahawa,

"Panjang lengan baju Rasulullah s.a.w hingga ke pergelangan tangan."
(Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Nasa'i dan Abu Dawud)


Anas bin Malik r.a. meriwayatkan,

" Pakaian yang disukai Rasulullah s.a.w adalah HIBARAH ( jenis pakaian yang berasal dari Yaman)."
( Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad )


Ibnu  Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

" Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih, orang-orang masih hidup di antara kamu hendaklah mengenakan pakaian yang berwarna putih. Dan orang-orang yang meninggal dunia hendaklah di kapan dengan kain yang berwarna putih. Sesungguhnya pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian paling baik bagi kamu."
(Hadis Riwayat At- Tarmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...